Terdahulu Apple melancarkan fon kepala AirPods Max dengan harga RM2399. Tanda harga sebegini sudah cukup memberikan anda rasa bahawa ia sebuah produk terlalu mahal.
Namun, Apple kini hadir dengan AirPods Max yang lebih premium dan mewah daripada itu iaitu edisi emas yang dicipta oleh syarikat dari Rusia – Caviar yang dijual pada harga AS$108,000 (~RM437,508).
Fon kepala yang disadur emas ini ditawarkan dengan dua warna iaitu hitam dan putih. Pada bahagian atas, ia diperbuat daripada kulit buaya. Dari segi spesifikasi, ia masih sama seperti versi standard.
Perbezaan hanyalah pada kemasannya dan sesuai dengan tujuan Caviar iaitu mensasarkan kepada golongan elit yang mahukan aksesori mewah.
Sumber: Macrumors