Kita mungkin menyukai ura-ura tentang kehadiran produk baharu tetapi jenama seperti Apple tidak gemar apabila maklumat produknya didedahkan sebelum tarikh pelancaran.

Namun, bagaimana maklumat rahsia tersebut boleh tersebar di internet?

Menurut laporan, Apple dikatakan mempunyai ‘spy’ atau pengintip dalam komuniti yang membocorkan maklumat ini. Mereka dalam komuniti tersebut akan sentiasa berkongsi peranti yang dicuri, maklumat dalam aplikasi, dokumen dalaman, teknologi dan sebagainya.

Malang sekali, dalam kalangan mereka mempunyai ‘imposter’ atau ‘pembelot’ kerana maklumat yang disembangkan itu dilaporkan kepada pihak Apple.

Individu yang baru menampilkan diri dikenali sebagai JVHResearch dan YRH04E atau di dunia nyata adalah bernama Andrey Shumeyko. Beliau bertindak untuk menceritakan perkara ini kerana beliau merasakan seperti Apple mengambil kesempatan terhadapnya dan sepatutnya beliau mendapat habuan atas maklumat yang diberikan.

prototaip iPhone; gambar dari Motherboard

Antara yang pernah Shumeyko lakukan adalah melaporkan maklumat iOS 14 yang dah didedahkan, prototaip iPhone dan beberapa individu di China yang mejual prototaip tersebut.

Beliau turut mengetahui wartawan yang mempunyai hubungan baik dengan pembocor maklumat produk Apple. Malah, Shumeyko juga pernah menjual maklumat kepada 9to5Mac.

Apa-apa pun, Shumeyko akur dengan kesalahan yang pernah dilakukannya satu ketika dahulu. Dengan ini, komuniti tersebut kini lebih berhati-hati dalam membicarakan maklumat.

Sebelum ini juga, Apple telah memberi surat amaran kepada pembocor maklumat.

Sumber: vice

Baca juga: