Saat pengeluar telefon lain sudah tidak lagi menggunakan paparan bertakuk, Apple masih tidak melakukan perubahan dari dulu hingga kini dimana takuk (notch) masih kelihatan.

Walaupun khabar angin tahun ini mereka akan tampil dengan takuk lebih kecil tetapi takuk ini boleh dikatakan sudah lapuk. Terbaru, Patently Apple menemui paten yang dihantar Apple dalam membuang paparan bertakuk, tetapi caranya agak merumitkan.

Apple mahu menggunakan paparan fleksibel melalui penggerak elektronik dimana ia boleh memapar atau menyembunyi kamera serta komponen lain yang berada di takuk tersebut.

Apple menamakan kawasan paparan ini sebagai “window region”. Dalam bahasa mudah, apabila kamera atau sensor di bahagian hadapan tidak digunakan, terdapat paparan yang menyembunyikannya.

Manakala jika ia diperlukan, paparan itu akan ditarik dan memperlihatkan kamera hadapan dan sebagainya.

Paten sebegini bukanlah betul-betul baharu kerana Samsung sebelum ini pernah mempatenkan sub-paparan bagi menyembunyikan kamera swafoto. Bermakna, di dalam telefon pintar akan ada mekanisme yang bergerak.

Bagaimanapun, apa yang cuba dilakukan Apple ini terlalu jauh keluar kotak pemikiran. Bayangkan sekiranya mekanisme tersebut tidak berfungsi, bukankah pengguna tidak dapat menggunakan Face ID. Malah, pengimbas cap jari di skrin juga masih tiada.

Sumber: patently apple

Foto utama: apple hub

Baca juga artikel berkaitan: