Meta mengumumkan aplikasi WhatsApp kini tersedia secara global untuk jam pintar Wear OS bermula hari ini.
{suggest}
Aplikasi itu, yang mula dilancarkan untuk pengguna di seluruh dunia secara berperingkat, serasi untuk jam pintar yang menjalankan Wear OS 3.
Ia membolehkan pengguna WhatsApp memulakan perbualan, menghantar dan menerima mesej teks, suara dan emoji serta menjawab panggilan secara terus dari jam pintar.
Sebagai tambahan, jika jam pintar dilengkapi sokongan LTE, ianya boleh digunakan dari jauh tanpa memerlukan telefon berdekatan.
.@WhatsApp is now available globally on #WearOS! 💚 🌏
Start new chats, reply to messages by voice and answer calls from your watch – safely and securely. 🔒
Download it here on Google Play: https://t.co/y2eGfMAwGy pic.twitter.com/vUMy1T7fSn
— Wear OS by Google (@WearOSbyGoogle) July 19, 2023
Wear OS merupakan platform jam tangan pintar pertama dengan sokongan rasmi WhatsApp. Sementara itu, watchOS di Apple Watch belum mempunyai aplikasi WhatsApp kendiri (standalone), buat masa ini.
Sumber: TechCrunch