Aplikasi Twitter sejak kebelakangan ini telah bertambah baik dengan penambahan beberapa ciri baharu, antaranya termasuk penyesuaian bar bawah dan kapsyen video yang dijana secara automatik.
Kini, satu lagi tambahan yang menarik hadir iaitu bunyi kicauan apabila pengguna menatal ke bawah feed untuk memuat semula.
Seperti yang dilaporkan oleh The Verge, apabila anda menarik feed ke bawah untuk ‘refresh’, akan ada bunyi kicauan apabila anda melepaskannya.
Anybody else hearing this when you pull to refresh on Twitter’s iOS app? pic.twitter.com/x0BsxbZF2u
— Jay Peters (@jaypeters) July 15, 2022
Dibandingkan dengan bunyi segar semula sebelum ini, bunyi kicauan ini tentunya lebih mencerminkan keperibadian aplikasi Twitter ini sendiri.
Sumber: The Verge