*Kemaskini – Aplikasi Telegram Messenger ditawarkan semula di App Store
Aplikasi pemesejan segera Telegram Messenger dilaporkan telah dipadam dari platform muat turun Apple, App Store hari ini.
Menurut tweet pengasas Telegram Messenger, Pavel Durov, Apple memberitahu tindakan yang diambil itu adalah berikutan aplikasi berkenaan “mengandungi kandungan yang tidak sesuai”, dan langkah pembuangan ini hanyalah bersifat sementara.
Turut dipadam dari senarai muat turun adalah Telegram X, aplikasi baru yang menawarkan beberapa ciri naik taraf dari aplikasi sedia ada. Telegram X masih lagi dalam peringkat ujian.
Tidak dapat dipastikan bila kedua-dua aplikasi itu akan disenaraikan semula dan apakah jenis kandungan yang dimaksudkan Apple itu. Bagi pengguna sedia ada, perkhidmatan aplikasi ini boleh diteruskan tanpa sebarang masalah.
We were alerted by Apple that inappropriate content was made available to our users and both apps were taken off the App Store. Once we have protections in place we expect the apps to be back on the App Store.
— Pavel Durov (@durov) February 1, 2018