Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Aplikasi Signal Akan Hentikan Sokongan SMS Pada Peranti Android

Posted on Oktober 13, 2022

Signal kini memaklumkan pihaknya akan menghentikan sokongan SMS daripada peranti Android tidak lama lagi.

Dinyatakan, perubahan ini hanya akan menjejaskan pengguna yang menjadikan Signal sebagai aplikasi default SMS pada peranti Android, yang bermakna aplikasi pemesejan itu digunakan sebagai default untuk menghantar dan menerima mesej daripada kedua-dua Signal dan SMS.

Walau bagaimanapun, sokongan SMS itu akan dihentikan secara berperingkat dan pengguna mempunyai tempoh beberapa bulan untuk mengeksport mesej ke aplikasi lain atau mencari aplikasi baharu untuk SMS.

In the interest of privacy, security, and clarity we’re beginning to phase out SMS support from the Android app. You’ll have several months to export your messages and either find a new app for SMS or tell your friends to download Signal. https://t.co/u9XZ7XM7rT

— Signal (@signalapp) October 12, 2022

 

Menurut Signal, terdapat beberapa sebab utama sokongan SMS dihentikan daripada Android, termasuk bagi mengutamakan keselamatan dan privasi pengguna. Signal mengatakan mesej SMS teks biasa sememangnya tidak selamat, yang membolehkan data sensitif dibocorkan dan meletakkan data pengguna pada syarikat telekomunikasi.

{suggest}

Dalam pada itu, Signal turut menegaskan jika protokol mesej yang tidak selamat terus dibiarkan dalam aplikasi itu, ianya dilihat sebagai tidak konsisten dengan nilai yang menjadi keutamaan Signal dalam menjaga privasi dan keutamaan pengguna.

Untuk pengetahuan, pada masa ini hanya peranti Android yang mempunyai sokongan SMS pada aplikasi itu, manakala sebaliknya bagi versi desktop dan iOS.

Sumber: Signal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress