Sekiranya anda tidak mengenali BiP, ia adalah sebuah aplikasi permesejan yang dibangunkan jurutera Turki dan kini lebih daripada 82 juta muat turun seluruh dunia.

Terbaru, seiring dengan keperluan semasa, mereka telah meningkatkan bilangan peserta panggilan audio dan video berkumpulan berkualiti HD sebanyak 15 peserta berbanding 10 sahaja sebelum ini.

Ia sekaligus memudahkan untuk lebih ramai menyertai panggilan berkumpulan memandangkan sudah banyak aplikasi permesejan yang menambahbaik ciri tersebut.

Imbas kembali, BiP juga mempunyai beberap ciri menarik lain seperti mesej yang hilang, terjemahan segera dalam 106 bahasa serta ciri-ciri kiriman wang.

Terdahulu, mereka juga telah memudahkan pengguna untuk memindahkan perbualan (chat) dari mana-mana aplikasi ke BiP.

Sumber: Siaran Akhbar BiP

Baca juga artikel berkaitan: