Bermula 23 Februari lepas, rakyat Malaysia sudah pun boleh mendaftar vaksinasi COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera. Terkini, bagi memudahkan orang ramai untuk mengetahui setiap langkah pengesahan pendaftaran vaksin yang telah dilakukan, aplikasi MySejahtera telah dikemaskini dengan antaramuka (UI) yang lebih baik.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata pengguna tidak perlu membuat kemas kini atau pendaftaran semula dan hanya perlu menunggu antaramuka baharu ini muncul pada aplikasi masing-masing.
Jika ada pengguna yang telah melakukan pendaftaran semula dan melihat tarikh pendaftaran yang terkini, beliau memaklumkan tarikh pendaftaran yang direkodkan adalah berdasarkan kali pertama pendaftaran dilakukan.
Tinjauan kami mendapati antaramuka yang dikemaskini menunjukkan tarikh pendaftaran terkini dan bukannya yang pertama kali didaftarkan. Tidak dapat dipastikan jika tarikh tersebut juga akan dikemaskini atau sebaliknya.
Back end kita ada data pendaftaran pertama. Appointment saudara diberi berdasarkan pendaftaran pertama. https://t.co/uelIsttykv
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) March 4, 2021
Walaupun begitu, beliau menjelaskan temujanji untuk vaksinasi COVID-19 akan diberikan berdasarkan pendaftaran pertama yang telah direkodkan sebelum ini.
Sumber: Khairy Jamaluddin