Berdasarkan kepada status semasa yang dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di akaun Twitter rasminya, beliau memaklumkan bahawa pasukan pembangun aplikasi MySejahtera akan memuatkan ciri baharu yang akan lebih memudahkan pengguna memaparkan status vaksinasi serta tahap risiko mereka.

Selain itu beliau turut memaklumkan, butang ‘Check-out’ juga kini dipaparkan bagi menambahbaik pengesanan orang hubungan selepas meninggalkan sesebuah tempat.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya pengguna sentiasa tekan butang ‘Check-out’ apabila beredar dari tempat yang sudah di daftar masuk.

Aplikasi MySejahtera dilancarkan pada April 2020 lalu oleh Kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan sendiri.

Sejak itu, ia menjadi aplikasi penting dalm kehidupan seharian rakyat Malaysia sehingga ke hari ini.

Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin