Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

JUPEM Lancar Aplikasi Untuk Mudahkan Pengguna Cari Arah Kiblat

Posted on Ogos 18, 2023Ogos 18, 2023

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah melancarkan aplikasi MyKiblat bagi memudahkan pengguna mencari arah kiblat.

{suggest}

Menurut JUPEM, MyKiblat merupakan aplikasi yang menggunakan koordinat peranti pengguna untuk menghitung azimut kiblat, waktu solat serta waktu lintasan matahari.

Dengan menggunakan aplikasi ini, pengguna boleh mencari arah kiblat melalui tiga panduan, iaitu secara AR (Augmented Reality), paparan peta atau menggunakan kaedah bayang matahari.

Sebagai tambahan, aplikasi ini juga boleh digunakan di mana-mana lokasi seluruh dunia.

Dari segi ketersediaan, aplikasi MyKiblat boleh dimuat turun secara percuma melalui Google Play, App Store dan Huawei App Gallery. Namun, sokongan beberapa peranti mungkin terhad buat masa ini.

Sumber: JUPEM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress