Astro hari ini mengumumkan kemas kini aplikasi My Astro yang mana antara mukanya telah diberi nafas baharu dan menambah fungsi lain kepada penggunanya.

Secara tidak langsung, pelanggan Astro lebih mudah untuk membuat sebarang urusan berkaitan Astro dengan hanya daripada telefon pintar.

Antara fungsi yang ditawarkan dalam aplikasi tersebut adalah seperti:

  • Bayar bil Astro
  • Pengurusan Akaun – melihat penyataan bil, kemas kini maklumat untuk dihubungi dan sebagainya
  • Pembelian Astro Best dan Astro First – mudah untuk membeli filem menarik yang ditawarkan di saluran ini
  • Sokongan Ejen – boleh hubungi khidmat pelanggan melalui ejen di WhatsApp
  • Ganjaran Eksklusif – dapat layari beberapa tawaran serta diskaun eksklusif

Aplikasi My Astro boleh dimuat turun dari App Store, Google Play dan juga Huawei App Gallery.

Sumber: Siaran Akhbar Astro

Baca juga: