Aplikasi Messenger dan Instagram kini dilaporkan sedang mengalami masalah untuk menghantar mesej. Tidak hanya di Malaysia, beberapa pengguna secara global turut melaporkan masalah yang sama.

Menerusi aplikasi Messenger, kiriman mesej yang dihantar mengambil masa terlalu lama sebelum sampai kepada penerima. Sementara itu, kiriman Messenger melalui laman web Facebook pula menunjukkan tanda gagal untuk dihantar. Instagram turut mengalami masalah sama yang tidak membolehkan mesej dihantar melalui aplikasi itu.

Berdasarkan Down Detector, majoriti pengguna melaporkan masalah untuk menerima mesej bagi kedua-dua perkhidmatan ini.

Adakah anda juga menghadapi masalah yang sama di Instagram dan Messenger? Tinggalkan komen anda.