Beberapa pengguna Android kini menghadapi masalah aplikasi Google tidak boleh berfungsi atau “crash”. Ia melibatkan banyak peranti seperti Sony, Samsung, Pixel dan lain-lain.

Perkara ini terjadi disebabkan kemas kini yang baharu dilepaskan pada aplikasi tersebut. Oleh itu, Google menyarankan pengguna untuk reboot semula peranti.

Pun begitu, cara tersebut kurang berkesan dan anda boleh cuba untuk nyahpasang kemas kini baharu itu dengan pergi Settings>Apps/Applications>Google app>klik 3 dots>Uninstall updates.

Sumber: xda

Sekiranya anda belum mengalami masalah tersebut, anda disarankan untuk mematikan kemas kini secara automatik (auto-updates) pada aplikasi Google buat sementara waktu.

Namun, jika anda masih menghadapi masalah yang sama, kita perlu menunggu pihak Google untuk membaiki masalah ini.

Foto utama: @spctrsq