Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Aplikasi GO, Perbankan Internet Bank Islam Sedang Alami Gangguan Perkhidmatan

Posted on Jun 23, 2023Jun 23, 2023

Aplikasi GO by Bank Islam dan perkhidmatan perbankan internet kini sedang mengalami gangguan perkhidmatan buat sementara waktu.

{suggest}

Menerusi platform media sosial, Bank Islam memaklumkan perkhidmatannya sedang menerima jumlah trafik yang tinggi.

Sekiranya mengalami kesukaran untuk mengakses kedua-dua platform, pengguna disarankan untuk mencuba semula dari semasa ke semasa, atau sebaliknya menangguhkan transaksi buat sementara waktu sehingga perkhidmatan kembali beroperasi seperti biasa.

Kami ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan Perbankan Internet dan aplikasi GO by Bank Islam sedang mengalami kadar trafik pengguna yang tinggi.

Sila cuba lagi kemudian sekiranya anda mengalami kesukaran mengakses kedua-dua platform.

Kesabaran anda amat kami hargai. pic.twitter.com/EIaR9tj3bK

— Bank Islam (@myBankIslam) June 23, 2023

Sebagai saranan, Bank Islam perlu melakukan sesuatu bagi menambah baik perkhidmatannya untuk masa akan datang.

Sumber: Bank Islam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress