Aplikasi Facebook kini dilaporkan menghadapi masalah log keluar secara automatik. Masalah tersebut telah dilaporkan oleh rata-rata pengguna Facebook secara global.

Berdasarkan Downdetector, 4867 laporan telah diterima pada 11.30 pagi. Daripada jumlah laporan keselurahan, 85% daripadanya melibatkan masalah log masuk. 

Perkara ini turut disahkan oleh pihak Facebook menerusi akaun rasmi di Twitter @facebookapp. Menurut Facebook, isu tersebut akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Bagi pihak penulis sendiri turut menghadapi masalah yang sama di mana aplikasi Facebook log keluar secara tiba-tiba dan diminta untuk log masuk semula bagi mengakses akaun Facebook.

Adakah anda juga menghadapi masalah yang sama? Tinggalkan komen anda.