Kemaskini 25 November 2020, 4.49pm: Maybank memaklumkan perkhidmatan web dan aplikasi Maybank2U telah kembali beroperasi seperti biasa.
#MBBAlert
We are pleased to inform you that our Maybank2u web and app are now operating normally. We apologise for the inconvenience caused and thank you for your patience and continued support.— Maybank (@MyMaybank) November 25, 2020
Artikel asal: Maybank kini mengesahkan aplikasi dan laman web bagi Maybank2U sedang mengalami gangguan perkhidmatan, yang menyebabkan kedua-dua perkhidmatan itu sedikit perlahan daripada kebiasaan.
Maybank turut memaklumkan masalah tersebut sedang dibaikpulih dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Sebagai alternatif, pengguna dinasihatkan untuk menggunakan aplikasi MAE bagi melakukan transaksi perbankan tanpa sebarang gangguan. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui App Store atau Play Store.
Mengimbas kembali, Maybank pada hujung bulan lalu turut mengalami gangguan bagi kedua-dua perkhidmatan yang sama.
Sumber: Maybank