Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Aplikasi BSNSecure Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi

Posted on Jun 14, 2023Jun 14, 2023

Bank Simpanan Nasional (BSN) kini mengumumkan aplikasi BSNSecure bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

{suggest}

Perlu diketahui, BSNSecure bukanlah aplikasi perbankan mudah alih. Sebaliknya, ia merupakan aplikasi keselamatan baharu bagi tujuan pengesahan transaksi Perbankan Internet MyBSN.

Ini bermakna, nombor TAC tidak lagi akan dihantar melalui SMS setelah BSNSecure dilancarkan kelak.

Bagi membolehkan aplikasi tersebut digunakan, ia memerlukan peranti dengan versi kemas kini seperti di bawah.


Buat masa ini, belum lagi diketahui tarikh pelancaran aplikasi BSNSecure. Namun, BSN mengatakan aplikasi berkenaan akan dilancar dalam masa terdekat dan boleh dimuat turun melalui Apple App Store, Google Play dan Huawei AppGallery.

Sumber: BSN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress