Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
astro fibre app

Aplikasi Astro Fibre Rasmi, Tuan Rumah Boleh Henti Dan Jadualkan Akses Peranti Terhadap Wi-Fi

Posted on Januari 18, 2023Januari 18, 2023

Aplikasi Astro Fibre kini sudah boleh dimuat turun daripada App Store, Play Store dan App Gallery. Tapi, apa fungsi aplikasi ini?

3 ciri utama menjadi kelebihannya. Salah satunya ialah kawalan akses terhadap Wi-Fi anda. Melaluinya, anda boleh putuskan akses peranti anda yang mahu pada bila-bila masa selain jadualkan bila ia boleh mengakses Wi-Fi.

Kedua, aplikasi Astro Fibre juga menyediakan kod QR yang boleh diimbas peranti untuk disambungkan pada Wi-Fi tanpa perlu memasukkan kata laluan.

{suggest}

Ketiga pula ialah pemantauan prestasi Wi-Fi di mana anda kini boleh menyemak kelajuan sambungan, kekuatan rangkaian pada peranti yang terhubung, persediaan rangkaian Wi-Fi dan lain-lain.

Sumber: Siaran Akhbar Astro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress