Google telah melancarkan Android App Bundle (AAB) sekitar Mei 2018 yang lalu. Kini, mereka bakal menggunakan format tersebut bermula Ogos tahun ini dan secara tidak langsung memansuhkan format APK bagi aplikasi Android.

Dengan ini, bermula Ogos 2021, semua aplikasi baharu yang diterbitkan dalam Google Play Store harus didatangkan bersama format AAB. Maknanya, ia hanya terpakai bagi aplikasi baharu.

Selain itu, format tersebut juga dapat memastikan saiz aplikasi jauh lebih kecil sehingga 15% berbanding format APK. Bermakna, pengguna Android selepas ini dapat memasang aplikasi dengan pantas di samping menjimatkan ruang storan.

 

Bagi pembangun pula, mereka akan lebih mudah untuk memberikan kemas kini baharu, cepat dan efisien. Namun, format ini hanya untuk Google Play Store sahaja.

Oleh itu, pembangun perlu membuat sedikit perubahan dengan mengeksport fail APK secara manual jika mereka mahu menerbitkannya di Huawei App Gallery atau Amazon App Store yang digunakan di Windows 11.

Apa-apa pun, Google berkata buat masa ini lebih 1 juta aplikasi sedang dibangukan menggunakan AAB termasuk aplikasi popular seperti Adobe, Netflix, Twitter, Shazam, Adobe dan banyak lagi.

Sumber: Android [1, 2]

Baca juga – Astro Bagi Beberapa Saluran Percuma Bermula 1 Julai Ini

Baca juga – Microsoft Ajak Apple Bawa Aplikasi Mereka Ke Windows 11

Baca juga – Versi Beta Android 12 Adalah Yang Paling Banyak Dimuat Turun Dalam Sejarah Android