Sebelum iPhone 13 dilancarkan secara rasmi, heboh diperkatakan tentang ura-ura bahawa iPhone 13 akan dilengkapi dengan ciri panggilan satelit yang akan membolehkan pengguna membuat panggilan tanpa rangkaian selular.

Ura-ura itu timbul selepas pembuat ramalan prolifik iPhone, Ming-Chi Kuo mendakwa Apple akan memanfaatkan teknologi cip Qualcomm X60 yang khusus itu. Malah dakwanya lagi, pengeluar telefon pintar lain juga mungkin akan mengikut jejak langkah tersebut bermula tahun hadapan.

Tetapi ura-ura itu telah pun dinafikan oleh pakar 5G iaitu Sacha Segan yang menyatakan mana mungkin iPhone boleh mempunyai komunikasi satelit.

Sebaliknya hanya boleh menghantar mesej melalui fungsi kecemasan (emergency message) sahaja apabila tiada liputan.

Tambahannya lagi, modem Qualcomm X60 tidak mempunyai jalur B53/N53 seperti X65. Jika diubah suai sekalipun, ia masih tidak menyokong panggilan satelit seperti didakwa.

Dan pada acara Apple memperkenalkan iPhone 13, memang tiada disebutkan pun tentang ciri panggilan satelit itu.

Jadi, ciri tersebut tidak menjadi kenyataan.

Selain ura-ura ciri panggilan satelit, beberapa ura-ura lain juga seperti tiada takuk dan rekaan kamera baru di belakang iPhone yang diperkatakan juga adalah salah sama sekali.

Begitu juga dengan ciri always-on-display (AOD) yang dikhabarkan sebelum ini juga tidak diperkenalkan Apple pada iPhone.

Pilihan storan 256GB yang dikhabarkan bakal tiada juga masih dikekalkan Apple pada iPhone 13.

Begitu juga warna Bronze yang dikhabarkan akan menjadi warna baru iPhone turut tidak menjadi kenyataan.

Tetapi sekurang-kurangnya, warna Pink menjadi kenyataan yang ditawarkan pada siri iPhone 13 dan iPhone 13 mini.

Begitu juga dengan paparan dengan kadar segar 120Hz menerusi teknologi ProMotion serta pilihan storan sehingga 1TB ada ditawarkan buat kali pertama menerusi iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max .

Baca juga:-