Ada ke yang masih menggunakan akaun Yahoo Mail untuk urusan e-mel anda? Jika anda sudah lama tidak log masuk ke akaun Yahoo Mail sebagai contoh hampir mencecah setahun, anda pasti ada menerima e-mel notifikasi dari pihak Yahoo sepertimana yang diterima penulis.

Yahoo Mail memaklumkan bahawa mereka akan nyah aktifkan akaun Yahoo Mail penulis dan memadam semua kandungan dan tetapan yang ada di dalam Yahoo Mail tersebut.

Notifikasi yang diterima penulis ini berikutan hampir setahun akaun Yahoo Mail tersebut tidak di log masuk penulis.

If you haven’t signed in to Yahoo Mail for 12 months or more, your mailbox is considered inactive. An inactive mailbox stops receiving new emails, and all mailbox contents, folders, contacts and settings are permanently deleted.” Yahoo.

Jadi sekiranya pengguna tidak mengendahkan notifikasi peringatan Yahoo Mail tersebut sehingga melepasi tarikh akhir yang diberikan itu, segala kandungan Yahoo Mail akan dipadam secara kekal.

Walaubagaimanpun, pengguna masih boleh mendapatkan semula akaun Yahoo Mail mereka dengan hanya log masuk semula ke akaun Yahoo Mail.

Tetapi segala kandungan Yahoo Mail yang telah dipadam itu tidak lagi boleh diakses. Termasuklah tetapan pada akaun Yahoo Mail itu perlu dibuat semula.

Polisi Yahoo ada menyatakan bahawa kandungan dalam Yahoo Mail tidak akan dipadam selagi penggunanya aktif menggunakan Yahoo Mail untuk sekurang-kurangnya log masuk sekali dalam setahun.

Cuma, masih ada ke yang menggunakan servis e-mel elektronik Yahoo Mail? Sebab sekarang ni kalau nak akses ke akaun Yahoo pun, anda juga boleh menggunakan akaun Google anda.