Laman penanda aras prestasi telefon pintar, AnTuTu telah mengeluarkan senarai terbaru  telefon pintar Android flagship dan pertengahan dengan prestasi terbaik bagi bulan Mei.

Data terkumpul itu adalah bertarikh dari 1 Mei hingga 31 Mei 2021.

Berdasarkan kepada skor yang diperolehi untuk tempoh tersebut, model telefon pintar andalan (flagship) Black Shark 4 Pro telah menerima skor tertinggi AnTuTu dengan jumlah 830022 mata.

Black Shark 4 Pro yang dikuasakan oleh cip Snapdragon 888 dengan kapasiti RAM12GB telah memahkotakan telefon pintar Android ini sebagai peranti dengan prestasi terbaik bagi bulan Mei.

Siri Black Shark 4 telah pun dilancarkan dalam bulan Mac lalu tetapi sehingga kini masih belum ditawarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan.

Senarai AnTuTu itu diikuti oleh model telefon pintar Android Tencent Red Magic 6 Pro, OnePlus 9 Pro, OPPO Find X3 Pro, vivo X60 Pro+, iQoo 7, OnePlus 9, ROG dan Xiaomi 11 Ultra.

Bagi model telefon pintar pertengahan dengan prestasi terbaik pada bulan Mei pula dikuasai oleh Xiaomi 11 Lite yang dikuasakan oleh cip Snapdragon 780G dengan kapasiti RAM 8GB.

Xiaomi 11 Lite memperoleh mata AnTuTu sebanyak 530646 mata. Jauh meninggalkan pencabarnya yang lain.

Sumber: GizChina