Seperti kebiasaan, Antutu akan mengeluarkan senarai 10 peranti berprestasi baik yang diuji pada platform penanda aras tersebut.
Senarai adalah berdasarkan markah purata yang diperoleh dari tarikh 1 April sehingga 30 April. Melihat kepada peranti yang disenaraikan, kebanyakkannya didominasi dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 855. Untuk makluman, peranti yang disenaraikan ini hanya untuk pasaran China.
- Xiaomi Mi 9 Explorer
- Xiaomi Mi 9
- Black Shark 2
- Meizu 16s
- Vivo IQOO Monster Edition
- Samsung Galaxy S10+
- Samsung Galaxy S10
- Vivo IQOO
- Nubia Red Magic Mars
- Honor V20
Bagi yang tertanya-tanya kemanakah perginya Huawei P30, Huawei P30 Pro, OPPO Reno dan beberapa peranti lain, ia baru dilancarkan pada bulan lalu dan pastinya senarai bulan Mei akan memperlihatkan perubahan kedudukan.
Sumber: Antutu