Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kerajaan Tidak Bercadang Untuk Tetapkan Harga Siling Tiket Penerbangan, Ini Penjelasan Anthony Loke

Posted on Disember 28, 2022Disember 28, 2022

Anthony Loke dalam sebuah majlis dianjurkan AirAsia pagi tadi mengatakan bahawa kerajaan buat masa sekarang tidak bercadang untuk menetapkan harga siling tiket penerbangan.

Disebabkan harga tiket penerbangan yang dinamik, menetapkan harga siling akan memberikan kesan buruk pada penyedia perkhidmatan, kata menteri.

Ini boleh menyebabkan syarikat penerbangan mengurangkan kapasiti, lantas menerima jumlah penumpang yang lebih sedikit berbanding sekarang.

Hal ini kerana syarikat kelak tidak mahu untuk beroperasi jika mereka mengalami kerugian.

{suggest}

Justeru, kementeian menggalakkan syarikat-syarikat penerbangan untuk menambah lebih banyak penerbangan agar harganya menjadi lebih berpatutan.

Walaupun tiada dalam perancangan setakat ini, namun Anthony Loke berkata kerajaan bersedia membantu mana-mana syarikat penerbangan yang mahu mengurangkan harga tiket.

Menteri Pengangkutan yakin bahawa industri penerbangan tempatan akan kembali pada keadaan yang lebih dengan pembukaan sempadan China bulan hadapan.

Beliau berucap pada wartawan di ibu pejabat AirAsia di Sepang, yang mana syarikat penerbangan tambang rendah itu mengumumkan penerbangan tambahan pada tambang rendah tetap antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak dari 17 Januari hingga 30 Januari 2023 bersempena Tahun Baru Cina.

Sumber: Malay Mail

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress