OPPO telah pun melancarkan 2 model terbaru telefon pintar bagi siri Reno iaitu Reno6Z dan Reno6. Secara fizikal luarannya, kedua-dua model Reno ini hampir sama sahaja rekaannya. Termasuklah pada rekaan 3 kamera utamanya serta rekaan skrin hadapan.

Rekaan bucu skrin juga berbeza di mana bentuk rekaan bucu skrin Reno6 adalah rata. Manakala rekaan bucu skrin Reno6Z pula lebih  organik.

Malah dari segi spesifikasi antara kamera Reno6Z dan Reno6 juga tidak banyak perbezaannya.

Reno6Z dilengkapi dengan tiga kamera dibelakangnya iaitu kamera utama 64MP, kamera sudut lebar 8MP dan kamera makro 2MP.

Spesifikasi tersebut juga adalah sama dengan kamera yang ada pada Reno6 iaitu iaitu kamera utama 64MP, kamera sudut lebar 8MP dan kamera makro 2MP.

Tetapi, ada satu ciri utama yang membezakan antara kamera Reno6Z dengan Reno 6.

Namun begitu, adakah dengan ciri tersebut akan memberikan perbezaan yang sangat ketara antara foto yang diambil dari Reno6 dengan Reno6Z?

Adakah perbezaan itu mampu memberikan nilai tambah yang menyebabkan Reno6 harus menjadi pilihan utama anda berbanding model Reno6Z?

Kamera Reno6Z

Seperti yang dimaklumkan di awal tadi, Reno6Z dilengkapi dengan kamera utama 64MP.

Kamera tersebut mampu memberikan kualiti gambar pada tahap terbaik yang kaya dengan warna dan perincian yang jelas. Khususnya apabila merakam gambar potret.

Buktinya, lihat saja pada foto potret di bawah yang diambil dengan kamera Reno6Z.

Dari foto tersebut adalah jelas bahawa untuk merakam foto potret dengan Reno6Z serta menghasilkan efek bokeh adalah amat mudah dan berkualiti.

Ini kerana kamera Reno6Z dilengkapi dengan ciri Bokeh Flare Portrait yang memberikan foto bertaraf profesional.

Ciri ini menghasilkan teknik fotografi bokeh pada foto potret yang diambil secara automatik sekaligus menjadikan subjek utama jelas dan terang.

Malah teknik ini menjadi lebih menarik apabila digunakan pada waktu malam sekaligus foto yang diambil kelihatan seakan dirakam jurugambar profesional.

Bokeh Flare Portrait menjadikan foto malam anda lebih bergaya.

Malah dengan ciri Image Clear Engine yang dibangunkan OPPO, ia menghasilkan gambar pada kualiti ultra jelas dan beresolusi tinggi.

Foto potret dengan ciri Focus Tracking di Reno6Z.

Tidak cukup dengan itu, kamera Reno6Z juga dimuatkan dengan pelbagai ciri premium lain termasuklah Dual-View Video, Focus Tracking, Portrait Beautification Video dan AI Palette.

Mod Dual-View Video di Reno6Z membolehkan anda mengaktifkan kamera belakang dan hadapan dengan serentak. Terdapat sebanyak 3 jenis mod boleh diaktifkan iaitu up, down, rectangle (contoh seperti rajah di atas) dan round (bentuk rectangle berubah kepada bentuk bulat). Ciri Dual-View Video ini sekaligus merakam serentak memori berharga reaksi orang lain juga diri anda sendiri.

Ciri AI Palette Reno6 Z memudahkan anda menyalin stail untuk potret dengan satu sentuhan sahaja.

Jadi, bagaimana pula dengan foto dari kamera Reno6? Apa yang membezakannya dengan kamera Reno6Z?

Kamera Reno6

Sama seperti Reno6Z, Reno6 juga dilengkapi dengan kamera utama 64MP.

Tetapi yang memberikan sedikit perbezaan antara kamera Reno6 dan Reno6Z adalah Reno6 dilengkapi dengan Color Temperature Sensor.

Color Temperature Sensor yang dimuatkan pada kamera Reno6 membolehkan foto yang dirakam dari peranti tersebut menghasilkan foto yang nampak lebih natural warnanya.

Malah kamera Reno6 yang dilengkapi ciri Bokeh Flare Portrait juga mampu menghasilkan efek bokeh yang sedikit lebih baik daripada Reno6Z.

Tetapi satu lagi istimewanya ciri Bokeh Flare Portrait Reno 6 adalah ia juga boleh diaplikasikan pada rakaman video.

Jadi, menghasilkan video dengan efek bokeh di Reno6 menjadikan video anda seakan dirakam dari perakam video profesional dan mahal.

Rakaman video Reno6 5G dengan mengaktifkan ciri Bokeh Flare Portrait.

Kamera Reno6Z vs Reno6, kesimpulannya…

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah keupayaan kamera Reno6 dan Reno6Z sebenarnya adalah hampir sama.

Kedua-duanya dilengkapi dengan ciri yang sama seperti Image Clear Engine, AI Palette, Portrait Beautification Videodan Focus Tracking.

Begitu juga dengan spesifikasi kamera di mana kedua-dua model ini dilengkapi dengan kamera utama 64MP, kamera sudut lebar 8MP dan kamera makro 2MP.

Apa yang membezakan adalah ciri Color Temperature Sensor dan keupayaan ciri Bokeh Flare Portrait pada kamera Reno6 yang memberikan sedikit kelebihan padanya.

Tetapi itu tidak bermakna ia sesuai dan diperlukan pada kebanyakkan pengguna. Mungkin bagi mereka yang begitu mementingkan kualiti foto atau video dan mahukan lebih pilihan pada tetapan kamera peranti, OPPO Reno6 5G adalah sesuai untuk anda.

Tetapi bagi mereka yang mahukan sebuah peranti yang ditawarkan pada harga yang lebih nilai tetapi juga mementingkan aspek kualiti, kaya dengan pelbagai ciri menarik serta keupayaan yang hampir menyamai sebuah telefon pintar premium, OPPO Reno6Z adalah pilihan terbaik dan tepat untuk anda.

Memahami keterujaan para pelanggannya, OPPO menawarkan pra-tempahan awal terhadap model Reno6Z dan Reno6.

OPPO Reno6Z dan Reno6 sudah boleh dipra tempah bermula dari 28 Julai hingga 4 Ogos 2021 ini melalui , OPPO Official Online Store, Shopee OM, dan OPPO Brand Stores.

Malah pelanggan yang membuat pembelian melalui pra tempahan ini akan menerima pelbagai hadiah percuma menarik dengan nilai keseluruhan berjumlah RM779.00 dari OPPO termasuklah OPPO Enco Buds x 1 (berharga RM159), 1 tahun HeyTap Cloud Service serta 1 TB storan (berharga RM343), Powerbank x 1 (berharga RM99), Smart Tag x 1 (berharga RM79) dan speaker bluetooth x 1 (berharga RM99)!

Berikut adalah perincian tawaran hadiah menarik pembelian pra tempahan OPPO Reno6Z dan Reno6 melalui Shopee dan OPPO Store:-

Shopee

i. 29 July – 4 Aug RM99 Mystery Box x 300 unit SAHAJA (hanya ditawarkan kepada 300 pembeli terawal yang membuat bayaran berjumlah RM99.00)(Add on: for OM and OBS, deposit RM100 for pre order before launch)

ii. 30 July – 14 Aug Kongsikan kepada 4 orang rakan anda & dapatkan vaucer bernilai RM30 (not stackable with other vouchers) (share to 4 friends and get RM30 is add-ons) (Add on: for OM and OBS, deposit RM100 for pre order before launch)

OPPO Store:

Pra tempahan awal OPPO Reno6Z dan Reno6 melalui OPPO Store pula hanya memerlukan anda membayar sejumlah RM19.90 sahaja bagi melayakkan anda mendapat vaucer bernilai RM120 + Remax powerbank. Tawaran ini hanya terhad kepada 300 pelanggan terawal sahaja.

Pra tempahan OPPO Reno6Z dan Reno6 boleh dibuat melalui pautan di bawah:-

OPPO Store: OPPO Reno6Z dan Reno6

Shopee: OPPO Reno6Z dan Reno6

*Artikel ini dibawakan oleh OPPO Malaysia