Syarikat teknologi-sosial terkemuka ANGKASA-X secara rasminya telah mengumumkan akan melancarkan satelit A-SEANSAT-PG1 (“PG1”).
Pelancaran satelit itu yang dijadual akan dilancarkan pada 27 Jun 2023 nanti dengan misi untuk memenuhi aspirasi negara menubuhkan ekonomi angkasa ASEAN.
Dengan pelancaran satelit PG1 itu, ANGKASA-X akan memanfaatkan pengetahuan teknologinya untuk menerajui usaha ke arah pembentukan buruj satelit Low-Earth-Orbit (“LEO”) yang akan direka dan dipasang di Malaysia pada tahun-tahun akan datang.
Buruj satelit ini akan bekerjasama untuk menawarkan penawaran Satelit-sebagai-Perkhidmatan (“SaaS”) yang inovatif kepada negara-negara di ASEAN.
Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif ANGKASA-X, Dr. Sean Seah, di pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi ke-16 (“LIMA ’23”) dalam pameran khas satelit PG1.
“Selepas bertahun-tahun bekerja keras, R&D dan pengumpulan dana, kami akhirnya berada di sini! Ia merupakan langkah besar impian ANGKASA-X sejak penubuhan kami pada 2021 untuk melancarkan satelit yang direka bentuk di Malaysia ke angkasa lepas. Melalui pelancaran PG1 dan satelit-satelit berikutnya, kami berhasrat untuk mewujudkan ekonomi angkasa yang mantap, terutamanya di dalam ASEAN untuk mewujudkan dunia di mana kesalinghubungan data dan maklumat penting akan mudah diakses dan mampu dimiliki oleh masyarakat, kerajaan dan syarikat,” kata Dr. Seah.
Satelit A-SEANSAT-PG1 dijadual dilancarkan pada 27 Jun 2023, jam 1930 Hrs (MYT) dari Vostochny Cosmodrome di Rusia.
Pelancaran itu akan disiarkan secara langsung di tiga lokasi di Malaysia, termasuklah di Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (“MYSA”) di KL, Universiti Sains Malaysia (“USM”) di Pulau Pinang, dan Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (“SDEC”).
{suggest}
Sumber: Siaran Media ANGKASA-X