Setiap kali kita membaca berita tentang Android O, ia pasti akan dikaitkan dengan nama Oreo.
Ramai meramalkan bahawa Google mahu menamakan Android baru itu mirip seperti Android KitKat yang dibangunkan 4 tahun lalu.
Memetik berita daripada laman Phone Arena, Android 8.0 mungkin akan diberi nama Oatmeal Cookie berdasarkan nama kod Android 8.0 ‘oc-dev‘.
Tambahan lagi, foto makanan tersebut dikatakan telah muncul beberapa kali semasa acara Google I/O yang lepas.
Walaubagaimanapun, ia masih khabar angin dan sama-sama kita nantikan pelancarannya secara rasmi.
Sumber: Phone Arena