Pembangunnya cuba mengelak daripada dikesan Google.
Penyelidik keselamatan dari ESET bernama Lukas Stefanko telah mendedahkan penemuan 42 aplikasi Android yang ditawarkan di Google Play Store sebenarnya membawa perisian hasad iklan di dalamnya.
Hasil daripada penyiasatan mendalam olehnya, beliau mendapati pembangun aplikasi-aplikasi tersebut mencuba pelbagai cara termasuklah menipu bagi mengaburi dan mengelak daripada dikesan oleh pihak Google.
Aplikasi-aplikasi itu didapati dimuatkan dengan perisian hasad iklan bagi membolehkan pembangunnya memperoleh keuntungan mudah menerusi simulasi palsu klik pada iklan yang kononnya dilakukan oleh pengguna peranti Android.
Berikut adalah senarai 42 aplikasi tersebut dan jumlah ulang muat turun yang telah dibuat oleh pengguna Android di seluruh dunia:-
com.ngocph.masterfree | 5,000,000 |
com.mghstudio.ringtonemaker | 500,000 |
com.hunghh.instadownloader | 500,000 |
com.chungit.tank1990 | 500,000 |
com.video.downloadmasterfree | 100,000 |
com.massapp.instadownloader | 100,000 |
com.chungit.tankbattle | 100,000 |
com.chungit.basketball | 100,000 |
com.applecat.worldchampion2018 | 100,000 |
org.minigamehouse.photoalbum | 100,000 |
com.mngh.tuanvn.fbvideodownloader | 100,000 |
com.v2social.socialdownloader | 100,000 |
com.hikeforig.hashtag | 100,000 |
com.chungit.heroesjump | 100,000 |
com.mp4.video.downloader | 100,000 |
com.videotomp4.downloader | 50,000 |
boxs.puzzles.Puzzlebox | 50,000 |
com.intatwitfb.download.videodownloader | 50,000 |
com.doscreenrecorder.screenrecorder | 50,000 |
com.toptools.allvideodownloader | 50,000 |
com.top1.videodownloader | 10,000 |
com.santastudio.headsoccer2 | 10,000 |
com.ringtonemakerpro.ringtonemakerapp2019 | 10,000 |
com.hugofq.solucionariodebaldor | 10,000 |
com.anit.bouncingball | 10,000 |
com.dktools.liteforfb | 10,000 |
net.radiogroup.tvnradio | 10,000 |
com.anit.bouncingball | 10,000 |
com.floating.tube.bymuicv | 10,000 |
org.cocos2dx.SpiderSolitaireGames | 5,000 |
games.puzzle.crosssum | 5,000 |
dots.yellow.craft | 5,000 |
com.tvngroup.ankina.reminderWater | 5,000 |
com.hdevs.ringtonemaker2019 | 5,000 |
com.carlosapps.solucionariodebaldor | 5,000 |
com.mngh1.flatmusic | 5,000 |
com.tvn.app.smartnote | 1,000 |
com.thrtop.alldownloader | 1,000 |
com.anthu91.soccercard | 1,000 |
com.hugofq.wismichudosmildiecisiete | 1,000 |
com.gamebasketball.basketballperfectshot | 1,000 |
com.nteam.solitairefree | 100 |
com.instafollowers.hiketop | 1 |
Setakat ini, Google telah pun respon dan membuang sebahagian daripada aplikasi-aplikasi tersebut dari ditawarkan di Play Store mereka. Walaubagaimanapun, ia masih ada ditawarkan di laman stor Android pihak ketiga.
Jadi, jika terdapat aplikasi yang disenaraikan di sini ada dipasang dalam peranti Android anda, segeralah membuangnya.
P/s: Penyelidik ada memaklumkan, pengguna peranti iOS tidak terjejas dengan aplikasi-aplikasi yang tersenarai di sini yang ada ditawarkan di App Store.