CEO Apple, Tim Cook baru menyertai satu temu bual bersama Guillaume Lacroix, CEO serta pengasas Brut dimana sebuah syarikat media yang mencipta kandungan video pendek.

Apa yang menarik mengenainya, Cook bercakap tentang sideload apps pada iOS. Beliau berkata perbuatan tersebut tidak dibenarkan dalam iPhone kerana ia akan memusnahkan keselamatan dan memberi ruang kepada serangan berbahaya.

Baca juga – ios 15 Diperkenalkan – “iOS 14” Yang Ada Banyak Ciri Baharu

Tambahnya lagi, Cook juga optimis dengan melontarkan kenyataan bahawa Android mengandungi 47 lebih banyak perisian hasad berbanding iOS. Kenapa perkara itu terjadi disebabkan iOS hanya membenarkan aplikasi dipasang melalui saluran yang sah – App Store sahaja.

Tidak seperti Android yang banyak memberi kebebasan kepada pengguna. Sebenarnya, terdapat juga cara memasang aplikasi yang bukan dari App Store tanpa jailbreak. Namun, Apple akan pantas membatalkan aplikasi itu berfungsi.

Sumber: 9to5Mac

Pada Mac M1 juga, Apple turut tidak membenarkan side loading aplikasi iPhone dan iPad. Dalam pada itu, Tim Cook menegaskan bahawa mereka akan terus meningkatkan privasi dan keselamatan pada penggunanya.

Baca juga – iOS 15: Apple Dedah Antaramuka Kawalan Permainan Baharu Berserta Dengan SDK

Sumber: macrumors

Foto utama: NordVPN