Sejak diperkenalkan Mei yang lalu, Android 12 menawarkan perubahan pada antara muka, meningkatkan privasi serta beberapa fungsi baharu.

Terbaru, kemas kini baharu Android 12 memberikan ciri kawalan telefon pintar dengan menggunakan mimik muka (facial expression). Secara tidak langsung, ia membantu golongan yang kelainan upaya (OKU).

Berdasarkan laporan XDA Developers, pengguna tidak perlu menyentuh skrin untuk mengawal telefon pintar. Sebaliknya, boleh melakukan mimik muka atau pergerakan muka seperti pandang ke kiri, kanan, buka mulut, menaikkan kening, senyum dan sebagainya.

Menerusinya, ia membolehkan kawalan telefon pintar seperti memilih (select), menatal ke atas, quick settings, halaman utama dan lain-lain.

Tambahan lagi, XDA menyatakan ciri tersebut mungkin bukan eksklusif untuk Android 12 sahaja kerana pengguna Android 11 juga boleh memasangnya nanti melalui Google Play atau APK.

Sumber: XDA

Foto utama: XDA

Baca juga: