Kebiasannya proses muat turun permainan memakan masa yang agak lama. Lagi-lagi jika permainan tersebut bersaiz besar, pengguna perlu permainan dimuat turun sepenuhnya sebelum ianya boleh dimainkan.

Terkini, Google mengumumkan pengguna boleh mula bermain semasa permainan sedang dimuat turun pada kemas kini Android 12 akan datang.

Berdasarkan GIF yang dikongsi Google diatas, perbezaan jelas dapat dilihat dimana peranti kanan dapat buka dan main permainan dua kali lebih cepat berbanding peranti kiri.

Menurut Google, ciri ini perlu menggunakan sistem Play Asset Delivery pada aplikasi permainan untuk ia berfungsi.

Selain itu, pelbagai lagi perubahan besar akan hadir pada Android termasuklah papan pemuka permainan baharu dengan akses utiliti lebih mudah.

Sumber: theverge

Baca juga – Tiada Lagi Kemas Kini Buat Android Jelly Bean Selepas Ini

Baca juga – iPhone Baharu Mungkin Ada Teknologi Pengecasan Macam Telefon Android