Ciri pencantikan wajah pada aplikasi kamera bukanlah perkara yang asing. Sebahagian dari kita menyukainya manakala sebahagian lagi kurang gemar aplikasi kamera “melincinkan” wajah mereka.
Pada sistem Android akan datang iaitu Android 11, ciri ini nampaknya bakal disekat oleh Google dan ia dikesan oleh Mishaal Rahman (ketua pengarang XDA-Developers). Menurut Rahman, perubahan pada CameraAPI akan memastikan penampilan wajah tidak diubah seperti geometri muka, tona warna kulit, atau pelicinan wajah.
“For any android.hardware.camera2.CameraDevice or android.hardware.CameraAPI, MUST ensure that the facial appearance is NOT altered including but not limited to altering facial geometry, facial skin tone, or facial skin smoothening.”
It seems that Google is banning OEMs from implementing facial tweaking algorithms during image processing. This means all images, by default, won’t have faces tweaked, but can still do it in post. So turning off beauty modes will *actually* turn it off. pic.twitter.com/NEmPK8iFsa
— Mishaal Rahman (@MishaalRahman) July 16, 2020
Perubahan ini pastinya akan merubah pengalaman fotografi pada peranti-peranti yang mengaktifkan mod beauty secara default. Sesetengah telefon pintar menyertakan butang untuk mematikan mod pencantikan wajah, namun walaupun sudah dinyahaktifkan, hasil imej masih kelihatan sama.