Hari ini Google baru sahaja mengumumkan kemaskini beta pertama untuk Android 11 akan tiba 3 Jun ini. Kebiasannya Google akan mengumumkan kemaskini beta untuk setiap versi Android pada bulan Mei setiap tahun melalui acara Google I/O.
https://youtu.be/gqJEcy57hA8
Namun disebabkan pandemik Covid-19, acara Google I/O terpaksa dibatalkan. Sehubungan dengan itu, pengenalan Android 11 Beta ini akan diumumkan melalui penstriman langsung sahaja. Menurut Google, beta pertama Android 11 pada 3 Jun, beta kedua pada Julai, dan yang ketiga pada bulan Ogos ini.
Hari ini Google juga telah melepaskan kemaskini Developer Preview 4 Android 11 yang lebih memfokuskan baik pulih pepijat dan optimasi. Untuk Android 11 versi rasmi, pelancarannya akan diumumkan pada suku ketiga 2020, yakni seiring dengan pengenalan Google Pixel 5 nanti.
Sumber: Android 11