Artikel ini merupakan sambungan kepada bahagian 1 – Anda Selalu Guna Gmail? 20 Extension Ini Mungkin Berguna Untuk Anda (1/2)
11. Inbox When Ready for Gmail
Mahukan Gmail anda kelihatan kemas apabila dibuka? Inbox When Ready mungkin boleh membantu. Inbox hanya akan dipaparkan apabila anda menekan butang Show Inbox.
12. Just Not Sorry
Tabiat sering menggunakan perkataan seperti Just, i am no expert ataupun sorry mungkin boleh memberi gambaran buruk terhadap kredibiliti anda. Extension ini akan menggariskan perkataan-perkataan sedemikian supaya anda dapat menyemak semula email sebelum dihantar. Hanya anda seoranga sahaja yang melihat garisan itu.
13. Boomerang
Anda boleh menjadualkan penghantaran email dan bukan setakat itu, ia juga boleh memberi peringatan kepada si penerima jika mereka terlupa respon email anda.
14. KeyRocket
Gmail tersedia dengan pintasan papan kekunci atau keyboard shortcut. Tetapi tidak semua daripada kita sempat untuk mengingatinya. Dengan adany KeyRocket, ia akan memberi cadangan pintasan dan anda boleh belajara pintasan baru dengan lebih cepat.
15. PixelBlock
Sesetengah email disertakan dengan penjejak untuk mengetahui sama ada anda sudah membuka atau membaca email tersebut. Tidak mahu perkara itu berlaku? PixelBlock boleh menghalang percubaan menjejak itu.
Letak nota ringkas pada email untuk rujukan anda sendiri. Semua nota tersimpan didalam Google Drive yang bersambung dengan Gmail anda.
17. Rename Email
Terkadang anda menerima email dengan subjek yang mengelirukan. Ubah semula subjek tersebut supaya lebih mudah untuk mencari dilain masa.
Nak buat buat perkataan bergaris seperti ini? Gunakan extension Strikethrough Etc.
19. WiseStamp
Letak tandatangan diakhir email dengan penuh bergaya.
20. Mailtrack
Mahu tahu sama ada email anda sudah dibaca atau belum? Ciri seakan double tick WhatsApp.
Sumber: PC Mag