Dibangunkan pada 2002, Google mengambil masa selama dua tahun sebelum melancarkan perkhidmatan Gmail pada April 2004.
Kini memasuki usia 14 tahun, penggunaan Gmail boleh dikatakan sangat meluas, ditambah pula dengan kehadiran pelayar web Chrome.
Walaupun boleh digunakan pada pelayar web yang lain, terdapat sedikit kelebihan sekiranya Gmail dijalankan diatas platform Google Chrome melalui penawaran extension yang pelbagai. Berikut merupakan 25 extension yang mungkin sesuai digunakan anda.
Balas email sekaligus dalam jumlah yang banyak.
Sesuai digunakan untuk anda yang mempunyai lebih dari satu akaun Gmail. Mudah untuk uruskan akaun yang banyak. Ubah tetapan notifikasi, bunyi dan warna mengikut keselesaan.
Action button seperti Archive, Delete, Read/Unread, atau Spam berada bersebelahan email.
Tetapan singkatan kepada ayat yang selalu anda gunakan.
5. Digify
https://www.youtube.com/watch?time_continue=77&v=Od4OZTyS4w0
Jejak lampiran, batalkan lampiran yang sudah dihantar serta mempunyai ciri “self destruct” supaya lampiran email boleh dilihat dalam tempoh masa yang tertentu.
6. Dittach
Terlampau banyak menerima lampiran? Dittach mungkin boleh bantu mempercepatkan proses pencarian.
Integrasi antara Dropbox dan Gmail memudahkan penghantaran fail yang disimpan dalam storan awan tersebut.
8. Gmelius
Menguruskan email, template dan anda boleh menjadualkan penghantara email.
9. Flowcrypt
Cara mudah sulitkan email menggunakan penyulitan PGP? Flowcrypt adalah jawapannya. Hanya penerima yang mempunyai PGP key sahaja yang boleh membuka email serta lampiran yang dihantar.
10. Gmail Offline
Baca, respon, dan cari email walaupun dalam tanpa sambungan internet. Anda cuma tidak akan menerima serta tidak boleh menghantar email baru sahaja, kecuali disambungkan ke internet.
- Baca bahagian 2 disini – Anda Selalu Guna Gmail? 20 Extension Ini Mungkin Berguna Untuk Anda (2/2)
Sumber: PC Mag