realme UI 5.0 merupakan UI berasaskan Android 14 dan kini ia sudah boleh dicuba menerusi peranti realme GT 2 Pro.
Permohonan untuk mendapatkan akses awal sudah boleh dibuat dan antara ciri-ciri yang dinaik taraf adalah:
- Keselamatan dan Privasi: Kebenaran untuk akses berkaitan gambar dan video yang dipertingkatkan untuk mengukuhkan keselamatan aplikasi yang digunakan.
- Prestasi yang optimum: Kestabilan sistem dipertingkatkan, kelajuan aplikasi yang digunakan lebih mapan dan animasi lebih lancar.
- Penambahbaikkan sistem: Senarai aplikasi yang disokong App Cloner diperluas. Tetapan Output Media dalam pusat kawalan untuk kegunaan jangka panjang.
- Kemas kini antara muka: Penggunaan warna yang menyegarkan, lembut dan lebih jelas untuk pengalaman visual yang lebih selesa. Menambah nada dering baharu serta sistem notifikasi audio yang diubah. Animasi sistem dipertingkat untuk peralihan yang lebih lancar.
Pemohon dinasihatkan untuk memahami perkara berikut sebelum memohon:
- Pastikan telefon anda tidak rooted.
- Pastikan data peribadi anda ada sandaran untuk mengelakkan kehilangan data peribadi.
- Kemas kini semua aplikasi kepada versi terkini yang tersedia di Playstore, kerana sesetengah aplikasi pihak ketiga mungkin belum serasi dengan akses awal Realme UI 5.0.
- Versi Akses Awal mungkin mempunyai kesan yang tidak dapat diramalkan pada telefon dan memberi kesan pada penggunaan harian.
- Sila pastikan telefon mempunyai kadar storan melebihi 15 GB. Jika tidak, kemas kini akan mempunyai risiko untuk gagal.
- Jika kemas kini tidak diterima, anda dicadangkan untuk menunggu dengan sabar keluaran rasmi.
Cara untuk memohon akses awal UI 5.0 realme:
- Pastikan realme GT2 Pro mempunyai sekurang-kurangnya 60% bateri.
- Kemas kini peranti kepada versi UI yang diperlukan → 13.1.0.506(EX01)
- Buka mod pembangun. (Settings → About device →Version → Version Number→ Click the version number for 7 consecutive times).
- Mohon untuk Akses Awal melalui saluran Aplikasi Kemas Kini Perisian: (Settings → About device → klik “realme UI 4.0” pada banner di atas → klik tiga titik pada sudut atas kanan → Beta program →Early Access →Apply Now → Masukkan maklumat dan apply).
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi.
{suggest}
Sumber: Siaran media realme