Aplikasi DC: Batman Bat-Tech Edition dilancarkan DC baru-baru ini yang mana ia adalah aplikasi mudah alih percuma buat pengguna Android dan iOS.
Secara amnya, aplikasi ini dikhususkan buat kanak-kanak berumur 6-12 tahun. Akan tetapi, sekiranya anda peminat tegar adi wira Batman, apa salahnya untuk menggunakannya.
Antara yang menarik pada aplikasi ini adalah:
- Misi realiti terimbuh (AR) – Kanak-kanak jadi ahli baharu bersama Batman untuk membanteras jenayah jahat Joker, Mr. Freeze dan lain-lain.
- Permainan mini – Ia menawarkan permainan memandu Batmobile, berlatih Batarang dan beberapa gajet Batman yang lain.
- Penuras wajah AF – Ada beberapa penuras (filter) wajah dari watak Batman, Joker, Batgirl dan watak ikonik Gotham City.
- Pek Pelekat – Pengguna boleh menghias gambar dengan pelbagai pelekat (sticker) yang bertemakan Batman.
- Kandunganvideo Bat-Tech Batman – Ia berkesinambungan dengan saluran YouTube DCKids.
Bagi anda yang berminat, aplikasi DC: Batman Bat-Tech Edition ini tersedia di Google Play Store dan juga Apple App Store.
Sumber: Siaran Akhbar DC
Baca juga: