Apple hari ini melepaskan kemas kini iOS 14.8 dengan nombor binaan (build number) 18H17 dan mungkin ia adalah versi iOS 14 yang terakhir.

Kemas kini terbaru ini memfokuskan kepada menampal kerentanan keselamatan bagi CoreGraphics dan WebKit dalam iOS.

Ia sebenarnya berkaitan dengan masalah terdahulu dimana perisian intip (spyware) pegasus dari NSO Group telah mengeksploit sistem keselamatan untuk mencuri data, kata laluan serta aktiviti mikrofon dan kamera pengguna.

Oleh yang demikian, sekiranya anda pengguna iOS 14, kemas kini tersebut harus dilakukan.

Dalam pada itu, jika anda pengguna iOS 15 beta, dijangka versi RC akan dilepaskan sejurus acara Apple awal pagi nanti tamat.

Sumber: apple

Baca juga: