Pesta Futsal Rakyat pada tahun ini membawa sedikit kelainan dari tahun-tahun sebelumnya dimana ia akan dianjurkan di 4 buah zon iaitu Zon Utara, Zon Timur, Zon Selatan dan juga Zon Tengah. Ia bakal dilangsungkan bermula Julai sehingga September hadapan.
Berita baik buat peminat e-Sukan apabila pertandingan My E-Games Championship Fifa 19 akan turut disertakan dalam Kejohanan Futsal Rakyat ini. Pertandingan My E-Games Championship Fifa 19 akan bermula pada 6-7 Julai ini di Zon Timur yang bertempat di Ferro Futsal Kuantan, Pahang, seterusnya pada 19-20 Julai untuk Zon Utara bertempat di D’Futsal Center Alor Setar, Kedah, kemudian akan berlangsung pada 3-4 Ogos di Zon Tengah yang bertempat di Ferro Futsal Subang Jaya, Selangor dan zon terakhir, Zon Selatan bakal diadakan bertempat di JB Sports Prima Johor Bahru, Johor pada 16-17 Ogos 2019. Bagi Grand Finale pula, akan berlangsung di Uptown Sports, Bangi, Selangor pada 1 September 2019.
Hadiah bagi pertandingan My E-Games Championship Fifa 19 juga cukup lumayan dimana juara peringkat zon, akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 1,000 beserta trofi dan medal. Tempat kedua pula diiringi dengan wang tunai RM 800 beserta medal. Manakala bagi juara keseluruhan peringkat akhir pertandingan My E-Games Championship Fifa 19 akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 10,000 sementara naib juara RM 5,000.
Bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan ini anda perlu mendaftar melalui aplikasi Tournamentor Futsal.Asia Anda perlu muat turun aplikasi “Tournamentor ” di Google Play dan App store (onelink.to/tournamentor). Yuran penyertaan yang dikenakan adalah RM20.
Ikuti langkah mudah dibawah untuk mendaftar:
1. Muat Turun aplikasi TOURNAMENTOR.
2. Klik pada More Details pada venue pertandingan.
3. Pilih MYEG PlayStation Championship pada jenis pertandingan.
4. Pilih Individual (Open) – autofill
5. Masukkan nama, no I/C. & Nombor Telefon.
6. Pilih Payment Method.
7. Klik pada teruskan.
8. Lengkapkan pembayaran anda dan anda akan dihubungkan ke skrin yang ditetapkan.
Syarat-syarat & peraturan My E-Games Championship Fifa 19 sila layari: http://pestafutsalrakyat.com/playstation-challenge/
Sumber : MYEG- Pesta Futsal Rakyat