Selepas Apple mengeluarkan ciri port headphone dari rekaan iPhone untuk mengetengahkan fon telinga tanpa wayar AirPod, anda mungkin tertanya tanya bagaimana anda mahu mengecas iPhone 7 anda sambil menggunakan headphone biasa kerana rekaan terbaru iPhone 7 hanya memiliki 1 port sahaja.

Usah risau usah gentar, sebuah syarikat pengeluar eksesori Belkin telah mencipta sebuah adapter yang bernama Lightning Audio + Charge RockStar. Adapter ini dapat membantu anda untuk mengecas iPhone 7 anda sambil mendengar lagu kegemaran anda.

Namun pihak kami sedikit sceptical kerana untuk menggunakan headphone biasa atau fon telinga wayar, anda perlu menyambung adapter fon telinga ke adapter rekaan Belkin itu. Maksudnya, anda perlukan dua adapter. Jika anda menggunakan dua adapter, tidakkah ia sangat menyusahkan dan susah untuk di bawa kemana mana. Bayangkan anda di luar, dengan powerbank, dua adapter, fon telinga dan iPhone. Rumit, sangat rumit. Jadi, nak senangkan cerita, anda mungkin terpaksa menggunakan AirPod atau fon telinga tanpa wayar yang lain untuk memudahkan anda keluar dari rumah.