Anda kini boleh mencuba sendiri Windows 11 di komputer mahupun dari peranti pintar anda.

Malah anda tidak perlu pun memasang sistem operasi tersebut ke dalam komputer kerana anda boleh mencuba Windows 11 hanya dari aplikasi pelayar internet dengan melayari laman https://win11.blueedge.me.

Sebagai makluman, Windows 11 di laman sesawang itu hanyalah sebagai demo sahaja. Bukan berfungsi sepenuhnya sebagai sebuah sistem operasi.

Tetapi anda boleh berinteraksi dengan antaramukanya seperti interaksi dengan menu Start, menjalankan aplikasi Windows Store dan mengaktifkan pelayar Microsoft Edge serta membuat carian dari pelayar tersebut.

Jika anda klik pada ikon File Explorer pula, hanya tetingkap dengan paparan Coming soon sahaja yang dipaparkan.

Jadi sekurang-kurangnya anda dapat merasai sendiri pengalaman menggunakan Windows 11 lebih awal.

Microsoft telah pun melancarkan rasminya versi terbaru sistem operasi komputer Windows 11 pada bulan Jun lalu.

Sehingga kini ia belum lagi ditawarkan secara rasmi kepada semua pengguna komputer buat masa ini.

Hanya pengguna yang berdaftar dengan Windows Insider Program sahaja yang dapat mencuba lebih awal sistem operasi tersebut.

Tetapi dijangkakan, Microsoft akan mula menawarkan sistem operasi itu kepada semua pengguna komputer seawal bulan Oktober tahun ini.

Sumber: LifeHacker

Baca juga: Ini Senarai Cip Pemprosesan Intel Dan AMD Yang Menyokong Sistem Operasi Windows 11

Senarai PC Yang Tersedia Dengan TPM 2.0 Dan Menyokong Windows 11

Ini Spesifikasi Asas Dan Keperluan Lain Bagi Membolehkan Komputer Anda Menjalankan Sistem Windows 11 Dan Ciri-Ciri Utamanya