Sekiranya anda seorang yang suka multi-task dengan beberapa peranti berskrin dalam satu masa; contohnya buat kerja guna laptop, balas Whatsapp di telefon; anda mungkin akan dapati aplikasi percuma ini berguna.
Scrcpy
Aplikasi scrcpy dari tim yang sama membuat GenyMotion ini membolehkan pengguna mirror dan mengawal telefon android dari komputer. Apa yang menarik, aplikasi ini percuma, open source, dan boleh digunakan tidak kira di Window, Mac Os atau Linux. Tapi, scrcpy ini adalah aplikasi CLI; aplikasi command line; yang menyebabkan ianya sukar digunakan. Namun kita beruntung sebab ianya open source, yang mana sudah ada pembangun lain yang membuat GUI untuk aplikasi ini.
Dalam artikel ini, kita akan guna QtScrcpy hasil buatan pengguna Github Barray-Ran.
Antara contoh penggunaan aplikasi ini adalah:
- Mahu main game mobile di komputer
- Mahu centralize penggunaan skrin
- Mahu buka telefon yang ada kerosakan skrin
- App developers yang mahu membuat testing di telefon.
Ikuti langkah demi langkah ini untuk menggunakan QtScrcpy:
1 – Apa yang diperlukan
- Telefon Android
- Laptop
- Kabel data cucuk dari telefon ke laptop
2 – Buka Developer Options & buka USB Debugging
Benda pertama yang anda perlu buat adalah membuka Developer Options di telefon Android anda. Caranya sangat senang tapi mungkin berlainan bergantung kepada jenama. Namun kebiasaannya ia boleh dibuka di Setting > About Phone. Selepas itu skrol sehingga anda jumpa Build Number kemudian tap banyak kali sehingga Developer Options terbuka. Kemudian, benarkan USB Debugging.
3 – Download dan install QtScrcpy
Download dan install aplikasi QtScrcpy di komputer anda. Cara installasi bergantung kepada sistem operasi komputer anda. Berikut adalah link untuk download.
4 – Sambung kabel & tandakan Allow Usb Debugging
Bila sambung kabel ke komputer dan telefon, anda akan ditanya sama ada mahu mempercayai komputer anda. Tekan OK.
5 – Mula kawal telefon anda di komputer!
Mulakan QtScrcpy kemudian telefon anda akan keluar pada senarai telefon yang tersambung. Selepas itu double click pada telefon anda dan voila, anda sudah boleh mengawal telefon anda di komputer.
Menerusi UI yang disediakan oleh QtScrcpy, anda boleh lihat ada pelbagai opsyen yang disediakan, jadi boleh godek-godek bermain dengan aplikasi itu.
*Untuk pengguna Mac OS, anda akan perasan yang UI asal adalah dalam bahasa China dan agak sukar sedikit untuk menukar kepada bahasa Inggeris.
Untuk menukar bahasa di Mac Os, pergi ke Application > Right Click QtScrcpy > Show Package Contents > Contents dan buka fail Info.plist mengguna editor teks.
Cari ‘<key>CFBundleDevelopmentRegion</key>’ kemudian dibawahnya tukar atau tambah (jika tidak wujud) <string>cn</string> kepada <string>en</string> seperti mana dalam gambar dibawah.