Belanjawan 2019 akan dibentangkan pada Jumaat ini oleh pihak kerajaan. Ia adalah salah satu perkara yang ditunggu-tunggu oleh rakyat memandangkan belanjawan ini akan menyampaikan serba sedikit perancangan kerajaan untuk negara sepanjang tahun hadapan.
Menariknya, pada kali ini pihak Kementerian Kewangan Malaysia(MOF) telah mengumumkan bahawa rakyat boleh mengikuti perkembangan terkini mengenainya terus ke telefon pintar melalui aplikasi WhatsApp.
Dapatkan kemaskini #Belanjawan2019 terus ke aplikasi Whatsapp anda. Hantar 'Hello MOF' ke 011 1000 3001, untuk mendapatkan maklumat terkini. pic.twitter.com/pY2a1UGkO5
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) October 30, 2018
Untuk melalakukannya, pengguna WhatsApp hanya perlu menghantar “Hello MOF” dan hantarkan ke nombor 011-1000 3001. Anda juga boleh terus berhubung dengan MOF melalui pautan ini.
Apabila anda sudah mendaftar, anda akan mula menerima berita terkini mengenai Belanjawan 2019 melalui akaun WhatsApp anda secara segera semasa ia dibentangkan. Ini sekaligus memudahkan mereka yang sibuk dengan tugasan harian pada ketika itu untuk mengikuti belanjawan ini dengan lebih dekat.
Sumber: Twitter MOF