Menjelang penghujung tahun 2020, Valve telah mengeluarkan senarai Steam’s Best of 2020 yang menunjukkan beberapa judul permainan yang banyak dimainkan tahun ini.

Tidak hairan jika Destiny 2, Counter-Strike, PUBG, DOTA 2 dan GTA 5 tersenarai kerana permainan ini sudah lama dilancarkan dan mempunyai jumlah pemain yang ramai.

Namun, terdapat permainan baharu yang tersenarai iaitu Among Us dan juga Cyberpunk 2077 yang baru sahaja dilancarkan beberapa minggu yang lalu.

Senarai yang dikeluarkan Valve ini adalah berdasarkan berapa ramai pemain yang memainkan sebuah permainan dalam satu-satu masa.

Setiap permainan yang tersenarai ini mempunyai jumlah pemain lebih daripada 200,000 pada waktu puncak dimana Cyberpunk 2077 mencecah jumlah tertinggi iaitu 1,054,388 pemain pada 12 Disember.

Berikut adalah 10 permainan yang banyak dimainkan pada tahun 2020:

  • Destiny 2
  • Among Us
  • Counter-Strike: Global Offensive
  • Cyberpunk 2077
  • Life is Strange 2
  • Grand Theft Auto V
  • Mount & Blade 2: Banner Lord
  • DOTA 2
  • PlayerUnkown’s Battlegrounds (PUBG)
  • Monster Hunter World
  • Terraria

Sumber: steam via