Kerajaan Amerika Syarikat kini telah menambah sekitar 60 syarikat dari China ke dalam senarai hitam mereka termasuk pengeluar dron popular DJI.

Melalui senarai ini, ia adalah merupakan senarai sama yang menyaksikan Huawei tidak boleh berdagang dan berurusniaga dengan Amerika Syarikat.

Selain DJI, antara syarikat besar lain yang menerima nasib sama adalah pengeluar semikonduktor SMIC.

DJI secara spesifiknya disenarai hitamkan kerana dituduh melanggar hak asasi manusia secara meluas di China melalui pengumpulan dan juga analisis genetik atau pengawasan menggunakan dron.

Dengan sekatan perdagangan ini, ia menyukarkan komponen dari Amerika Syarikat untuk dibekalkan kepada DJI, berkemungkinan besar melumpuhkan bisnes mereka secara tidak langsung.

Buat masa ini, DJI belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini.

Apa yang masih belum pasti adalah adakah Presiden Amerika yang baharu Joe Biden akan meneruskan polisi senarai hitam ini selepas masuk ke pejabatnya 20 Januari kelak.

Sumber: Reuters