Selain pelancaran siri AMD Ryzen 7000, AMD turut mengumumkan seni bina RDNA 3 yang lebih berkuasa untuk siri kad grafik Radeon RX 7000.
Tonight we shared an early look at #RDNA3 running alongside the new @AMDRyzen 9 7950X. We can't wait to tell you more about our next generation Radeon graphics cards when we launch later this year.
Watch the "together we advance_PCs" event: https://t.co/DV2XOzItgb pic.twitter.com/UIPPiaMEFg
— Radeon RX (@Radeon) August 30, 2022
AMD menyatakan RDNA 3 mampu memberikan 50% lebih prestasi per watt berbanding RDNA 2 yang terdahulu. Selain itu, RDNA 3 juga menggunakan nod pemprosesan 5nm seperti siri Ryzen 7000.
Untuk perbandingan pembaca, seni bina RDNA 2 juga adalah unit pemprosesan grafik untuk konsol-konsol arus perdana di pasaran seperti PlayStation 5 dan Xbox Series X.
{suggest}
Oleh itu, kita boleh jangkakan siri GPU Radeon RX 7000 ini akan lebih berkuasa untuk penggunaan kita nanti.
Barisan AMD Radeon RX 7000 “RDNA 3” dijangka hadir pada penghujung atau suku keempat tahun ini.
Sumber: wccftech