Selain mengumumkan teknologi baharu pada cip pemprosesan Samsung Exynos akan datang, AMD turut memperkenalkan dua cip “desktop” Ryzen APU menerusi Ryzen 7 5700G dan Ryzen 5 5600G.

Kedua-dua cip tersebut adalah berasaskan seni bina Zen 3 dengan binaan 7nm. Perbezaan antara versi yang dilancarkan terdahulu, siri ini mempunyai grafik yang terbina.

Baca juga – Siri AMD Ryzen 5000 Kini Rasmi – CPU Generasi Baharu Untuk PC Master Race Dengan Senibina Zen 3

Ryzen 7 5700G hadir dengan 8 teras (cores), 16 bebenang (threads), kelajuan asas 3.8GHz dan maksimum 4.6GHz serta iGPU (integrated GPU) Vega 8.

Sementara Ryzen 5 5600G pula 6 teras, 12 bebenang, kelajuan asas 3.9GHz dengan maksimum 4.4GHz dan iGPU Vega 7.

Melaluinya, AMD menjanjikan ia mampu melakukan tugasan dengan baik bagi penciptaan kandungan dan juga gaming.

Masing-masing dijual secara global pada harga USD359 (~RM1480) dan USD259 (~RM1068) bermula 5 Ogos tahun ini.

Baca juga – Samsung Exynos Akan Ada “Ray Tracing”, Mungkin Diumum Tahun Ini

Melihat cip pemprosesan baharu ini, ia mungkin adalah alternatif terbaik bagi sesiapa yang mahu membina PC pada masa pandemik sekarang memandangkan harga kad grafik amatlah tinggi. Malah, stok sangat terhad dan susah dijumpai.