Hari ini, AMD telah melancarkan AMD A520, iaitu cipset papan induk kelas permulaan untuk soket AM4. Ia akan menyokong cip pemprosesan Ryzen siri 3000.
A520 ini akan menggantikan A320 yang telah berada dalam pasaran 3 tahun lebih. Ia mempunyai sedikit penambahbaikan dari segi laluan PCIe yang, dan juga bilangan port USB 3.2 Gen2.
Namun, ia tidak menyokong kelajuan PCIe Gen4, dwi-kad grafik dan CPU overclock seperti model-model lain yang lebih mahal.
Di laman web AMD, mereka sudah menyenaraikan beberapa pengeluar dengan papan induk A520 ini seperti Asrock, ASUS TUF, Biostar, Gigabyte, dan juga MSI.
Rujukan: AMD