Awal bulan yang lalu, AMD telah pun mengumumkan barisan cip pemproses Ryzen siri 5000 khas untuk desktop.
4 model diperkenalkan – Ryzen 9 5950X, Ryzen 9 5900X, Ryzen 7 5800X dan Ryzen 5 5600X yang masing-masing menggunakan seni bina Zen 3.
Berikut adalah cip pemproses dengan harga rasmi buat pasaran tempatan:
- Ryzen 9 5950X – RM3,699
- Ryzen 9 5900X – RM2,499
- Ryzen 7 5800X – RM2,049
- Ryzen 5 5600X – RM1,349
Berdasarkan harga yang ditawarkan, ia agak tinggi sedikit berbanding pasaran Amerika Syarikat kerana harga tersebut tidak termasuk cukai. Kesemua cip AMD ini dijangka akan dijual bermula 5 November.